Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 Mei 2013

Juri realiti Raja Lawak: Pelawak Saiful Apek direhatkan

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek, 44, direhatkan sebagai juri tetap program realiti Raja Lawak musim ketujuh selepas dia bersama tiga pekerjanya yang berhadapan pertuduhan penyalahgunaan dadah akan membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, keputusan untuk merehatkan Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dibuat bagi membolehkan pelawak terkenal itu memberi tumpuan kepada kes berkenaan.

“Kami sudah berbincang dengan Saiful dan kami ambil keputusan untuk merehatkannya daripada komitmen sebagai juri tetap Raja Lawak musim ini hingga kesnya selesai,” katanya.

Nizam berkata, Astro tidak pernah menggantung atau menggam mana-mana pihak yang bekerjasama dengan mereka tanpa alasan kukuh.

“Kami cukup profesional dan bertolak-ansur dalam hal sebegini,” katanya.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular