Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Mei 2013

JPA: Gred gaji bakal diselaras


Khusrin menyampaikan plak penghargaan kepada warga kerja cemerlang MBSA.

SHAH ALAM – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjanjikan penyelarasan gred gaji selepas penstrukturan semula pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi berkata, jaminan isu-isu dibangkitkan akan diambil tindakan terutamanya melibatkan isu perjawatan kontrak dan PBT.

“JPA menjanjikan penstrukturan semula tiga PBT di Selangor sebelum menyelesaikan masalah penyelarasan gred jawatan daripada kontrak kepada perjawatan tetap.

“Penyelarasan gred jawatan akan dilaksanakan setelah penstrukturan dalam majlis perbandaran dilakukan,” katanya.

Menurut Khusrin, JPA telah mengakui dan mengiktiraf majlis perbandaran di Selangor kerana ia tidak boleh dibandingkan dengan majlis perbandaran di negeri lain.

“Kerana ini bergantung pada jumlah penduduk, pendapatan dan permasalahan berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA).-(sh)

Seramai 101 warga kerja MBSA dari pelbagai peringkat jawatan dan bahagian telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang, tiga orang warga kerja menerima Anugerah Khas Datuk Bandar dan lima orang menerima Anugerah Khidmat Setia iaitu berkhidmat melebihi 25 tahun.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan berkata, komitmen dan kesungguhan yang diberikan warga kerja MBSA dalam meningkatkan sistem penyampaian amat membanggakan.

“Tahun lalu, MBSA menerima sebanyak 18 pengiktirafan antaranya, Anugerah Khas pada Pertandingan Cabaran Meningkat Prestasi PBT Melalui Projek Inovasi Bertajuk

“Memproses Permohonan Kelulusan Pelan Cadangan Banglo Baru (Individu) daripada 60 hari kepada sehari” pada Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT).

“Selain itu, tempat kedua (Kategori Kumpulan Kecil – Lesen 1 Jam ), Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor Sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Selangor,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular