Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Februari 2011

28 tahun ditinggal ibu kandung

( Foto hiasan)



KEPALA BATAS: “Saya sebak setiap kali teringatkan ibu. Saya sedia memaafkannya walaupun ditinggalkan 28 tahun lalu,” kata mekanik, Mohamad Suhaimi Abdul Rasid yang ditinggalkan kepada orang lain selepas dilahirkan.

Mohamad Suhaimi dari Permatang Binjai, di sini, berkata dia diserahkan kepada orang lain selepas dilahirkan pada 1983 dan dibesarkan seorang wanita yang dikenali dengan Tok Besah. Katanya, dia mendapat tahu ibu bapanya pernah menetap di No 158, Rumah Tepi Laut, Kampung Paya, Butterworth, tetapi tidak pasti sama ada dia mempunyai adik-beradik lain.

“Saya dibesarkan Tok Besah dan dia pernah menceritakan saya mempunyai ibu bapa kandung sebelum dia meninggal dunia pada 2000.

“Sejak itu, saya cuba mengesan ibu bapa kandung kerana sangat rindukan mereka sehingga kadang kala air mata menitis,” katanya, semalam.

Mohamad Suhaimi berkata, berdasarkan sijil kelahiran, tertera nama ibu bapanya, Rahmah Ismail dan Abdul Rasid Ahmad dan mereka dipercayai masih hidup, tetapi tinggal berasingan.

Katanya, berdasarkan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini, ibunya dipercayai tinggal di Tingkat 03-15, Blok C, Jalan Seri Setulang, 1/1 Johor Bahru, Johor manakala bapanya di 592, Lurah Bilut, Bentong, Pahang.

Menurutnya, sesiapa yang mempunyai maklumat ibu bapanya boleh menghubunginya di talian 012-4450866.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular