Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Februari 2011

Lelaki abai keluarga turut wariskan hutang

Beban hutang foto hiasan



KUALA LUMPUR: “Dia bukan hanya meninggalkan saya dan lima anak kami tanpa sebarang nafkah, tetapi turut meninggalkan beban hutang menyebabkan kami sekeluarga hidup serba kekurangan dan sering dikejar bank,” kata kakitangan swasta, Zura, 41, yang dihimpit kesusahan akibat sikap suaminya yang meminjam daripada along.

Lebih menyakitkan hatinya apabila suami dikahwini pada 1993 dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan mempunyai seorang anak hasil hubungannya bersama wanita terbabit.

Zura berkata, suaminya berubah sikap apabila bekerja sebagai pemandu teksi pada 2005 dan hubungan mereka sebagai suami isteri makin teruk ketika mengandungkan anak bongsu yang kini berusia empat tahun.

“Saya hanya mengetahui hubungan mereka apabila suami meninggalkan telefon bimbitnya di rumah. Ketika itu, pihak hospital menghubungi untuk memaklumkan wanita itu selamat melahirkan anaknya.

“Ketika itu, perasaan saya bercampur baur antara percaya dan sebaliknya sebelum saya sendiri ke hospital untuk memastikan kesahihan berita itu dan ternyata suami menduakan saya,” katanya.

Bukan itu saja, sebaik saja melawat wanita itu kira-kira empat tahun lalu, Zura mendakwa dia turut diugut ahli keluarga wanita terbabit walaupun sekadar melawat wanita untuk memastikan kebenaran hubungan mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular