Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Februari 2011

‘Sabar, jangan panik’




SEPANG: “Saya harap ibu bapa dan keluarga pelajar kita di Mesir bersabar dan jangan panik, kami akan pastikan tiada seorang pun pelajar kita yang akan ditinggalkan,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, kerajaan sudah menggerakkan semua jabatan, agensi, pihak tentera dan syarikat penerbangan untuk membantu membawa pulang pelajar ke tanah air dengan segera.

Malah, beliau turut berlepas ke Mesir jam 5 petang semalam dengan menaiki pesawat ihsan pertama milik AirAsia Berhad (AirAsia) untuk mengetuai misi menyelamatkan pelajar dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji, AirAsia, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kelab Putera 1Malaysia.

Katanya, sebaik tiba di Mesir mereka akan terus menggerakkan usaha membawa pelajar yang sudah dikumpulkan ke Madinatul Hujjaj di Jeddah, iaitu kemudahan milik Tabung Haji sebagai tempat transit.

“Sebaik pelajar tiba, kita akan menyusun dan mengagihkan penerbangan yang akan dinaiki untuk dibawa pulang ke tanah air.

“Selain pesawat yang membawa rombongan kami hari ini, AirAsia turut menyediakan dua pesawat tambahan yang dapat memuatkan 300 penumpang yang akan beroperasi empat kali sehari.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular