ZAHARI mendukung Norhidayah pada majlis persandingan yang diadakan di laut berhampiran rumah mereka di Tanjung Dahan, Alor Gajah semalam.
ALOR GAJAH,(Melaka): – Seorang pengantin lelaki membuat kejutan apabila terjun ke dalam laut sedalam paras pinggang sambil membawa isterinya sebagai gimik persandingan selepas diarak menaiki sebuah bot di Kampung Tanjung Dahan di sini semalam.
Menurut lelaki tersebut, Zahari Mohd, 28, rancangannya untuk bersanding di dalam laut tidak diberitahu kepada sesiapa termasuk isterinya, Norhidayah Abu Kassim, 28.
Zahari berkata, dia sudah merancang untuk berbuat demikian sebulan sebelum mereka disandingkan.