Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 Februari 2011

Pelajar Brunei: Ngeri lihat sendiri kekacauan di Mesir

Dayang Norsyariah dan rakanya gembira dan bersyukur selamat tiba.



BANDAR SERI BEGAWAN:-- Kawalan ketat tentera dan kereta kebal di sana sini selain beberapa buah bangunan dibakar, menimbulkan perasaan bimbang dan ingin segera pulang ke negara sendiri.

Inilah yang sentiasa bermain di fikiran rakyat Brunei yang berada di tengah kemelut Mesir sebelum mereka berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Salah seorang pelajar Universiti Kaherah, Dayang Norsyariah ketika ditemui media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas hari ini menjelaskan, "Kami semua dipindahkan ke Kedutaan Brunei dengan menaiki kenderaan pada Ahad lalu selepas keadaan bertambah buruk pada Jumaat.

"Sebelum kami dipindahkan ke kedutaan, kami diberi peluang untuk membeli barang yang diperlukan dan masa yang dibenarkan keluar dari pukul 8 pagi hingga 4 petang dan selepas waktu itu, kami diminta berada di dalam rumah."

Beliau turut menjelaskan yang bangunan tempat tinggal mereka diawasi oleh tentera kerana ditakuti perkara yang tidak diingini berlaku kerana ia merupakan kawasan ketenteraan.

"Dari balkoni rumah tempat kami tinggal, kami melihat orang Arab berlari memegang senjata, kayu, besi dan pisau menimbulkan kebimbangan kepada kami semua," tambahnya.

Perkembangan terkini diketahui melalui berita televisyen, dan kami terkejut melihat keadaan semakin meruncing yang mana bukan sahaja kekacauan berlaku, tetapi banduan juga didapati lari dari penjara.

Dalam perjalanan menuju kedutaan, beliau dan beberapa rakan lain melihat sendiri bangunan hangus di kawasan Taheren dan beberapa buah kereta kebal mengawal keadaan.

"Ketika itu kami berasa begitu cemas dan takut. Kami semua berasa bersyukur dan gembira serta amat menjunjung kasih atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Baginda yang menitahkan supaya berusaha membawa kami semua keluar dari kekacauan tersebut.

"Dan kini kami selamat tiba dengan menaiki pesawat khas hasil keperihatinan Baginda kepada rakyat Brunei yang berada di sana," ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular