Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 Februari 2011

Rakyat Malaysia diberikan visa kelompok




KUALA LUMPUR:-- Kesemua rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan diberikan visa berkelompok bagi membolehkan kesemuanya dipindahkan ke Jeddah dengan segera menggunakan pesawat udara dan kapal laut.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, operasi pemindahan penuntut dan warganegara Malaysia yang dikenali sebagai 'Ops Piramid' itu mendapat kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi.

Menurutnya, pemindahan tersebut akan menggunakan khidmat tiga pesawat C130 dan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) serta Kapal Bunga Mas 5 (BM5)

''Hari ini, kita telah menerbangkan tiga pesawat C130 ke Mesir, manakala pesawat MAS dijangka berlepas esok menggunakan pesawat Boeing 747. Keempat-empat pesawat terbabit akan menggunakan lapangan terbang Kaherah dan Iskandariah.

''Pesawat C130 berkeupayaan membawa sejumlah 2,000 orang sehari dan pesawat MAS pula yang dijangka melakukan dua penerbangan berupaya membawa seramai 350 penumpang pada setiap penerbangan,'' katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi pemindahan menggunakan kapal pula, BM5 itu yang kini berada di bawah penugasan di Teluk Aden akan menggunakan pelabuhan Ain Sukhna, Mesir dan dijangka tiba di Mesir pada 5 Februari ini.

Kapal itu berupaya membawa sebanyak 500 penumpang untuk ke pelabuhan Jeddah dari Adabiyah dengan mengambil masa selama dua hari.

Bagi pengurusan penempatan rakyat Malaysia termasuk pelajar di Arab Saudi pula, kerajaan telah melantik Konsul General dan juga Pejabat Lembaga Tabung Haji untuk urusan tersebut.

Penempatan mereka di Madinah Hujjat milik Tabung Haji itu mempunyai keupayaan penampungan untuk seramai 10,000 orang dan kesemua rakyat Malaysia terbabit dijangka menetap di situ bagi tempoh 10 hari.

''Tetapi sekiranya keadaan di Mesir tidak menunjukkan perubahan, kerajaan akan melaksanakan langkah seterusnya termasuk membawa mereka pulang ke Malaysia,'' jelas kenyataan itu.

Bagi membantu Kedutaan Malaysia di Mesir, beberapa pegawai daripada Majlis Keselamatan Negara, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Atase Pertahanan Malaysia di Amman dan Jordon telah ditempatkan di sana sejak 1 Februari lalu.

''Bagaimanapun, tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan akan tertakluk kepada kebenaran diplomatik dan juga kerjasama daripada negara yang terlibat seperti yang berlaku di Mesir pada waktu ini,'' katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular