Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Februari 2011

Pelajar Malaysia berkomunikasi guna facebook, blog





KUALA LUMPUR:-- Pelajar Malaysia yang terperangkap di Mesir menggunakan aplikasi internet seperti Facebook dan blog untuk menghebahkan tentang keadaan mereka dan berhubung antara satu sama lain.

Salah satu laman Facebook yang telah dicipta oleh pelajar ialah “Selamatkan Pelajar Dan Rakyat Malaysia Di Mesir” dan blog yang boleh dilayari di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com.

Laman sosial Facebook dan blog tersebut diilhamkan sendiri pelajar di samping mereka menubuhkan Skuad Jawatankuasa Perhubungan Sementara Pelajar Mesir dan Malaysia.

Status terbaru di laman Facebook itu meminta pelajar yang telah selamat sampai di Malaysia atau berlindung di mana-mana negara jiran agar melaporkan keadaan mereka.

Facebook itu juga melaporkan terdapat lebih kurang 20 orang pelajar Malaysia telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2 petang tadi melalui penerbangan Gulf Air.

Laman itu juga memaklumkan bahawa dua orang pelajar Malaysia berjaya menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Alex menggunakan Kuwait Airways hari ini.

Sehingga jam 7 malam tadi, laman tersebut setakat ini telah mengumpul 46,540 pengikut yang ada antara mereka mempunyai saudara, rakan atau ahli keluarga di Mesir. — Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular