Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Februari 2011

Bapa 9 anak, dipenjara 80 tahun, 40 sebatan



KUALA LUMPUR:-- Seorang bapa kepada sembilan anak dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun tiga bulan, hujung tahun lalu.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat memerintahkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan itu berjalan secara berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Januari, 2011.

Tertuduh yang bekerja di sebuah kedai makan, didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak perempuannya yang berumur 15 tahun tiga bulan itu di dalam bilik di rumahnya dalam empat kejadian berasingan iaitu pada jam 4 petang, awal November 2010, jam 10 malam pertengahan November 2010, jam 3 petang Disember 2010 dan jam 2 petang 23 Jan 2011.

Tertuduh kelihatan tenang ketika menerima hukuman mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan.

Mengikut fakta kes, tiga kejadian rogol yang dilakukan secara paksa terhadap anak kelima daripada sembilan adik-beradik itu telah disaksikan oleh ibu mangsa.

Bagaimanapun perbuatan tersebut gagal dihalang selepas lelaki itu bertindak memukul isterinya. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular