LATIFF Shamsudin (kanan) mengetuai bacaan doa 25 pelajar yang selamat tiba dari Mesir pukul 3 petang ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, ketika situasi demonstrasi jalanan di beberapa bandar di Mesir bagi mendesak Presiden, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semakin meruncing.
KAHERAH:-- Proses memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, dilakukan secara percuma tanpa sebarang caj dikenakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan tempat tinggal, pengangkutan, cukai lapangan terbang, bayaran visa ke Jeddah serta makan dan minum secara percuma kepada mereka, katanya.
Jamil Khir berkata adalah satu fitnah mengatakan bahawa kerajaan mengenakan bayaran kepada pelajar Malaysia di Mesir yang dibawa ke Jeddah. - Bernama