Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 Ogos 2011

Berpantang maut sebelum ajal




IPOH - “Saya sedaya upaya cuba keluar dari ‘kubur’ (timbunan tanah runtuh) dengan mencakar dan menolak tanah menggunakan tangan kiri,” kata Bah Anjang a/l Alang, 39, seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di Cameron Highlands, dekat sini, kelmarin

Menurutnya, ketika itu dia hampir tidak bernyawa akibat kekurangan oksigen selain dibaluti seluruh tubuh dan muka dengan tanah lumpur selepas rumahnya ditimbus tanah runtuh.

“Saya kuatkan semangat walaupun ketika itu seolah-olah berada dalam kubur yang gelap. Saya belum mahu mati dan terus menggali tanpa henti,” katanya.

Menurut Bah Anjang, dia menonton televisyen di ruang tamu rumahnya sebelum dikejutkan dengan gegaran kuat dari belakang rumahnya.

“Belum sempat melihat punca bunyi itu, tiba-tiba rumah saya ditolak hingga terbalik sebelum saya terpelanting keluar.

“Dalam sekelip mata, seluruh tubuh saya ditimbus tanah basah menyebabkan saya pengsan dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Wad 4A Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik sedar, dia cuba bangun, tetapi tidak berdaya kerana tangan kanan tidak boleh diangkat dan dadanya ditindih batu.

“Saya menggunakan tangan kiri mengorek tanah dan mengalihkan tanah yang menutupi muka.

“Saya seperti diberikan nyawa semula apabila melihat cahaya dari lubang yang digali. Saya terus menjerit meminta tolong dan seorang rakan yang kebetulan berada di situ menarik saya keluar,” katanya.

Menurutnya, tragedi itu menyebabkannya patah bahu kanan dan tulang punggung selain lebam serta calar pada seluruh anggota tubuh. Bah Anjang yang bekerja di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah berkata, dia bersyukur kerana isterinya, Zaitun Balad, 30, yang berada di ruang dapur sempat menyelamatkan diri.

“Lima anak saya berusia tujuh hingga 18 tahun dan cucu berusia dua tahun tiada di rumah ketika kejadian berikutan berada di rumah nenek yang di kampung sama.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Serry Prisila a/p Saari, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, tidak jauh dari tempat kejadian, berjaya diselamatkan dalam keadaan parah.

Difahamkan, Serry Priska ditemui dengan memakai seluar panjang, manakala tuala masih terlilit di tubuhnya dipercayai mangsa baru lepas mandi ketika kejadian.

Serry Priska yang patah kaki dan berjahit pada bibir turut dirawat di HRPB, tetapi belum mampu bercakap dan masih dalam keadaan lemah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular