Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 Ogos 2011

Temu bual bekas KPN dibatal kerana kehadiran Anwar

bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.





KUALA LUMPUR - Temu bual terhadap dua saksi bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan, dibatalkan selepas kedua-dua mereka membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu.

Peguam S. N. Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi berkata, anak guamnya berhak untuk hadir semasa temu bual dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd. Rodwan Mohd Yusof, yang diadakan di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini hari ini.

Beliau berkata, memandangkan kedua-dua saksi membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan esok untuk bertemu pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Ditanya sama ada pihak pendakwaan telah mengatur untuk menemu bual saksi yang lain, Nair berkata, pendakwaan belum memberi maklumat mengenainya kepada pembelaan setakat ini.

Kepada soalan sama ada Musa dan Rodwan datang ke mahkamah bersama peguam mereka, Nair menjawab “tidak”.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular