Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 12 Ogos 2011

Chong Wei mara ke separuh akhir

Datuk Lee Chong Wei




KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menjadi satu-satunya pemain dari skuad badminton negara yang masih berada dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia di Wembley Indoor Arena, London, malam ini.

Beliau mara ke peringkat separuh akhir perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain Guatemala, Kevin Cordon, 21-7, 21-13 dalam masa hanya 24 minit.

Di peringkat separuh akhir nanti Chong Wei akan berhadapan sama ada dengan Chen Jin dari China atau Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark, yang dijadual akan berentap malam ini untuk menentukan siapa yang layak untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu dalam acara beregu lelaki, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tidak dapat meneruskan saingan dalam kejohanan ini selepas ditewaskan oleh pasangan Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan dengan 21-17, 21-13.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular