Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 10 Ogos 2011

'England belum aman', kata pelajar Singapura

Anggota polis Britain cuba mengawal keadaan selepas para perusuh mencetuskan huru-hara di Hackney, di timur London dengan membakar bangunan dan kenderaan dan menjarah.




SINGAPURA - IBU kota Britain, London, yang sedang mengalami rusuhan paling teruk sejak rusuhan kaum pada 1980 telah mula menunjukkan tanda-tanda tenang dan keadaan kian terkawal.

Ketika dihubungi melalui panggilan jauh semalam, seorang penuntut Singapura di London, Cik Izati Ngaliman, berkata walaupun keadaan sekarang nampak semakin pulih, beliau tetap berwaspada dan tidak berani keluar lewat.

Ini, menurut pelajar sarjana Universiti Goldsmith berusia 26 tahun itu, kerana rusuhan masih berlaku di serata negara itu.

'Rusuhan itu berlaku tidak jauh dari tempat tinggal saya, sekitar tiga kilometer sahaja. Jadi saya sendiri mengenakan perintah berkurung saya sendiri,' ujarnya.

Rusuhan yang bermula empat hari lalu telah pun merebak ke tiga lagi bandar utama Britain kelmarin, termasuk di London, Birmingham, Bristol dan Liverpool.

Namun, menurut Cik Izati, para penduduk tidak duduk diam dan telah pun mengambil langkah melindungi harta benda mereka.

'Ada yang telah bergilir-gilir berdiri di hadapan rumah dan kedai mereka memastikan tidak ada sesiapa yang merosakkannya,' kata Cik Izati.

Namun begitu, beliau tidak akan balik ke Singapura.

Seorang lagi penuntut Doktor Falsafah di Universiti Birmingham, Encik Mohamad Shamsul Juhari, pula berkata dari penginapannya yang terletak lima kilometer dari pusat bandar, beliau boleh melihat asap daripada pusat bandar kota kedua terbesar Britain itu.

Namun sejak rusuhan beliau banyak meluangkan masa di kawasan bandar universitinya sahaja.

'Saya tetap ke universiti menghabiskan kerja-kerja saya tetapi saya memastikan saya pulang sebelum 6 petang,' kata Encik Mohamad Shamsul, 44 tahun.

Seorang lagi penuntut, Encik Idroz Shah, yang bakal pulang ke Liverpool seminggu selepas Aidilfitri, kerap memantau berita mengenai rusuhan itu di laman web.

'Saya dapat khabar daripada kawan-kawan saya di Liverpool salah satu daripada pasaraya di kota itu telah dipecah masuk dan ada teman saya yang memuatnaikkan gambar kereta yang telah dibakar di laman Facebook,' katanya, seorang pelajar sarjana Universiti Liverpool yang kini di Singapura membuat kajian sambil bersama keluarga sempena Ramadan dan Syawal.

Sementara itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya berkata pihaknya kini memantau keadaan di London. Sehingga semalam, tiada warga Singapura yang dilaporkan cedera.

Warga Singapura yang ingin mendapatkan bantuan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di London melalui +44-20-7235 8315 atau +44-77-1034 8335 atau pegawai bertugas MFA melalui 6379-8800/55.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular