Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Isu Gereja: Pemuda Pas Pulau Pinang sokong JAIS

ZULKIFLI Noordin (dua dari kiri) menyampaikan ceramah pada perhimpunan aman isu murtad dan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pekarangan Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam



PULAU PINANG - Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 20 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

"Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.

"Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

Sementara di Shah Alam, Kira- kira 500 orang mengadakan perhimpunan aman di pekarangan Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.

Perhimpunan oleh Gerakan Antimurtad itu meminta polis menjalankan siasatan terhadap sebuah gereja yang cuba mengkristiankan umat Islam.

Jurucakap gerakan itu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, jika isu itu tidak disiasat dan ditangani, dibimbangi ia menyebabkan gejala murtad terus berleluasa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular