Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 12 Ogos 2011

Jangan sertai perhimpunan haram di Kuching esok - polis

ACP Mun Kock Keong




KUCHING — Polis hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan anjuran Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) esok kerana tiada sebarang permit dikeluarkan untuk tujuan itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata, polis telahpun mendapat perintah mahkamah semalam (11 Ogos) untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan tersebut jika mereka masih lagi enggan mematuhi arahan yang telah diberikan polis.

"Polis juga telah diberikan kuasa untuk menahan sembilan indidivu termasuk Ketua MoCS Franchis Siah sendiri jika mereka turut berada di kawasan sekitar halaman Muzium Sarawak petang esok,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, untuk memastikan keadaan terkawal, pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa lokasi strategik sekitar kawasan yang dirancang untuk perhimpunan itu.

Menurutnya polis juga sudahpun bersedia dengan beberapa strategi untuk mengawal sebarang perhimpunan haram berdasarkan kepada beberapa pengalaman sebelum ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular