Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 4 Ogos 2011

Mangsa samun dan bunuh dikebumi petang ini





IPOH - Jenazah Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Rohani Kassim yang ditemui mati di pangsapurinya awal pagi ini dipercayai dibunuh, akan dikebumikan di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai, petang ini.

Perkara itu disahkan oleh kakak mangsa, Ruziana Kassim, 41, yang ditemui di luar Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Ruziana juga memberitahu, adiknya itu pernah kerugian RM15,000 apabila rumahnya dipecah masuk dua minggu lalu.

Sementara itu, laporan awal menyebut, mangsa anak ketujuh daripada 10 beradik masih bujang dan tinggal berseorangan di pangsapurinya itu mati dipercayai dicekik selepas disamun.

Satu sidang akhbar akan diadakan polis petang ini.

Dalam pada itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam kenyataan akhbar memberitahu kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM8,000 kepada keluarga Allahyarham Rohani.'

"Sebanyak RM5,000 dihulurkan adalah bantuan atas dasar tragedi manakala RM3,000 bagi bantuan pengurusan jenazah pegawai awam,'' katanya.

Terdahulu, Zambry melawat keluarga mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular