Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 4 Ogos 2011

MBI nafi Simplak ciplak

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim.





IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyangkal dakwaan seorang peniaga bahawa mereka menggunakan produk pengasingan sisa makanan (Simpak) ciplak.

Sebaliknya Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata, MBI telah menyenaraikan empat syarikat sebagai pembekal produk itu dan masalah berpunca pada kalangan pembekal terbabit.

"Isu ini timbul adalah disebabkan masalah dalaman antara mereka dan pihak majlis tidak terlibat dengan isu ciplak ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya, produk pengasingan sisa makanan yang telah dipasang di sebuah medan selera itu adalah produk asli dan dibekalkan oleh pembekal yang sah.

Roshidi mengulas laporan akhbar mengenai kenyataan Md. Nayan Salleh baru-baru ini yang mendakwa MBI telah memasangkan Simpak tiruan di medan selera terbabit.

Antara lain Md. Nayan mendakwa MBI menggunakan produk pengasingan sisa makanan yang diciplak 100 peratus daripada ciptaannya yang dipatenkan pada 1 Jan 2009.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular