Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 7 Ogos 2011

Persatuan Ain agihkan beras percuma di Geylang

Encik Mohd Yusof (kanan) telah mengagihkan sekitar 1.5 tan beras yang disumbang oleh beberapa badan individu kepada orang ramai semalam.





SINGAPURA - MEMBANTU masyarakat tanpa mengira bangsa ataupun agama dalam bulan suci Ramadan.

Berbekalkan prinsip itu, Persatuan Ain yang dipimpin Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Mohd Yusof Ismail, mengagihkan 1,500 kilogram beras kepada orang ramai di Pasar Geylang Serai pagi semalam.

Sebanyak 300 bungkus beras dalam paket seberat 5 kilogram setiap satu diberikan percuma kepada orang ramai yang datang, termasuk mereka yang bukan berbangsa Melayu.

Beberapa keluarga dan individu kurang berkemampuan daripada beberapa badan-badan kebajikan lain turut diundang untuk mendapatkan beras tersebut.

Dinamakan projek Kami Prihatin, ia kali pertama Persatuan Ain mengagihkan beras secara percuma kepada orang ramai.

Jumlah itu tidak termasuk sekitar 1,000 kilogram beras yang diberikan kepada para penerima bantuan persatuan tersebut.

Selain beras, para penerima habuan Persatuan Ain itu turut menerima pelbagai jenis makanan asas lain seperti kicap, gula dan banyak lagi.

Ketika dihubungi Haji Mohd Yusof berkata, projek itu diadakan menyusuli sumbangan beras yang besar yang diterima pihaknya.

Selain Persatuan Ain, beras telah didermakan oleh Boys' Brigade, yang juga merupakan penderma beras terbesar; Singapore Buddhist Lodge serta beberapa penyumbang persendirian lain.

'Tumpuan utama kami ialah golongan yang memerlukan kerana kami prihatin tentang kos kehidupan dan pengangkutan yang meningkat.

'Tapi, jika ada yang datang untuk mengambil beras, kami tetap akan berikan. Ini merupakan salah satu cara Persatuan Ain menyumbang semula kepada masyarakat setelah menerima sokongan daripada masyarakat,' kata Haji Mohd Yusof.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular