Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 11 Ogos 2011

PRESIDEN S'PURA: Empat Calon layak bertanding



SINGAPURA - PILIHAN Raya Presiden pada hujung bulan ini dijangka menyaksikan pertarungan antara empat 'Tan'.

Ini setelah Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) memutuskan memberi sijil kelayakan kepada empat pemohon - Dr Tony Tan, Dr Tan Cheng Bock, Encik Tan Kin Lian dan Encik Tan Jee Say.

Keputusan memberikan mereka sijil kelayakan itu diumumkan menerusi satu kenyataan PEC, semalam.

Dengan mendapat sijil kelayakan tersebut keempat-empat mereka layak bertanding bagi jawatan tertinggi negara itu, sedang permohonan dua individu yang lain, Encik Andrew Kuan dan Encik Ooi Boon Ewe, ditolak.

Hari penamaan calon adalah pada 17 Ogos dan calon-calon boleh berkempen selama sembilan hari. Hari mengundi adalah pada Sabtu, 27 Ogos, yang ditetapkan sebagai cuti umum.

Inilah Pilihan Raya Presiden yang paling menarik perhatian rakyat dan menyaksikan sehingga empat calon sejak presiden dipilih diperkenalkan Singapura.

Kali terakhir terdapat pertandingan bagi jawatan presiden dipilih ialah pada Ogos 1993 apabila calon pemerintah, Encik Ong Teng Cheong (ketika itu Timbalan Perdana Menteri yang meletakkan jawatan), menewaskan Encik Chua Kim Yeow, bekas Akauntan Negara.

Presiden S R Nathan akan mengakhiri penggal keduanya sebagai Presiden pada 31 Ogos ini dan berundur diri setelah dua kali menang tanpa bertanding semasa pilihan raya presiden diadakan pada 1999 dan 2005.

Dr Tony Tan, 71 tahun, adalah mantan Timbalan Perdana Menteri; Encik Tan Cheng Bock, 71 tahun, mantan Anggota Parlimen (AP) PAP bagi Ayer Rajah; Encik Tan Kin Lian, 63 tahun, mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC Income, dan Encik Tan Jee Say, adalah mantan Setiausaha Peribadi kepada Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong.

Dr Tan Cheng Bock adalah pengerusi bukan eksekutif syarikat induk pelaburan Chuan Hup sejak 1991, sementara Encik Tan Jee Say pula penasihat pelaburan dan pernah menjadi pengarah urusan serantau AIB Govett Asia.

PEC semalam menyatakan ia menerima permohonan daripada enam individu dan membincangkan merit setiap permohonan dan mengambil kira maklumat yang diberikan oleh pemohon dan yang diperolehi daripada pelbagai agensi pemerintah.

Menurut PEC, keempat-empat pemohon itu telah memenuhi kriteria, iaitu mereka merupakan individu berwibawa serta mempunyai reputasi dan perwatakan baik dan berpengalaman dan berkebolehan mengetuai sebuah kementerian atau syarikat bernilai sekurang-kurangnya $100 juta selama sekurang-kurangnya tiga tahun.

Berhubung dengan permohonan Encik Ooi dan Encik Kuan yang ditolak, PEC memutuskan bahawa kedua-duanya tidak memenuhi syarat kelayakan.

Pilihan Raya Presiden kali ini diadakan dalam sekitaran dan landskap politik yang telah berubah dan lebih mencabar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular