Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 2 November 2010

21 sekolah di Perlis ditutup akibat banjir

( Foto hiasan )



KANGAR: Sebanyak 21 sekolah di Perlis diarah tutup hari ini berikutan keadaan banjir di negeri itu yang bertambah buruk.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat, berkata penutupan 11 sekolah kebangsaan dan 10 sekolah menengah itu membabitkan 9,226 murid dan pelajar.

"Murid dan pelajar di sekolah terbabit diarah pulang ke rumah masing-masing dan kami akan memaklumkan pembukaan semula sekolah selepas keadaan banjir pulih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, dengan penutupan itu, Jabatan Pelajaran Negeri menangguhkan peperiksaan akhir tahun di semua 101 sekolah menengah dan rendah di negeri ini. Peperiksaan akan diadakan apabila banjir kembali pulih.

Mansor berkata, antara sekolah kebangsaan (SK) yang ditutup ialah SK Panggas, SK Padang Melangit, SK Bukit Keteri, SK Santan, SK Arau, SK Tengku Budriah, SK Sanglang, SK Sri Indra dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Aik.
Sekolah menengah yang ditutup pula termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Sheikh Ahmad, SMK Arau, SMK Agama Arau, SMK Syed Hassan, Sekolah Menengah Vokasional Arau dan Sekolah Menengah Vokasional Kangar.

Beliau berkata, sehingga kini 80 daripada 101 sekolah di negeri ini berjalan seperti biasa, tetapi kehadiran pelajar adalah berkurangan. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular