Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 3 November 2010

Malaysia bakal lancar nombor telefon selular 3+8



CYBERJAYA:-- Malaysia akan melancarkan nombor telefon selular dengan format baru, 3+8 pada 15 Disember ini. Ia akan bermula dengan awalan 011 dan diikuti lapan digit nombor contohnya, 011- 1XXX XXXX.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya di sini berkata, setelah mengambil kira jumlah nombor telefon selular sedia ada dengan format 3 + 7, sudah tidak mampu menampung permintaan industri pada masa hadapan.

Ia juga hasil daripada peningkatan bilangan pembekal perkhidmatan rangkaian selular dan potensi kepelbagaian perkhidmatan ekoran daripada perkembangan teknologi komunikasi.

Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengawasan SKMM, Datuk Jailani Johari berkata, pelaksanaan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan.

“Kami akan memaklumkan semua pihak yang terlibat berhubung keputusan migrasi nombor telefon selular kepada 8 digit,” katanya.

Katanya, SKMM telah menubuhkan satu kumpulan kerja yang turut dianggotai oleh pihak industri bagi mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pelan perlaksanaan tersebut.

Ia juga membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempercepatkan proses perlaksanaannya kerana melibatkan impak yang besar kepada semua pengusaha perkhidmatan telekomunikasi dan juga pengguna.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular