Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 3 November 2010

RM180,000 untuk Elaine

ELAINE (kanan) tersenyum bangga selepas menerima habuannya daripada Ahmad Shabery semalam.


JAGUH gimnastik berirama negara, Elaine Koon muncul penerima tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (Shakam) berikutan pencapaian cemerlangnya pada Sukan Komanwel di New Delhi, India bulan lepas.

Pada temasya yang berlangsung pada 3 hingga 14 Oktober itu, Elaine meraih satu emas, satu perak dan tiga gangsa dalam acara yang disertai bagi membolehkannya menerima insentif keseluruhan berjumlah RM180,000.

Wang tunai RM80,000 adalah untuk kejayaan meraih pingat emas dalam acara gelung, RM40,000 (pingat perak dalam acara bola) dan masing-masing RM20,000 bagi gangsa dalam acara tali, reben dan keseluruhan individu.

“Saya tidak sangka menang dan saya hanya cuba yang terbaik semasa beraksi pada Sukan Komanwel. Saya mahu simpan wang ini untuk masa depan,” kata Elaine yang baru berusia 17 tahun.

Elaine, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, bagaimanapun tidak meletakkan sebarang sasaran dalam penyertaannya pada Sukan Asia Guangzhou, China dari 12 hingga 27 November ini.

“Ini merupakan penampilan pertama saya dalam Sukan Asia. Ia lebih sukar untuk saya kerana di Sukan Asia, ramai jaguh gimnas akan beraksi khususnya dari China. Sasaran saya adalah untuk mara ke final dalam acara keseluruhan individu,” kata Elaine.

Turut menerima habuan pada majlis penyerahan insentif itu semalam ialah Pandalela Rinong Pamg (terjun) dan Bibiana Ng (menembak) yang masing-masing menerima RM100,000.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada majlis yang diadakan di bangunan Parlimen semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular