Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 Mac 2011

Bot jadi kediaman Salaman dan Jariah



FOTO: SALAMAN Tegak dan Jariah Salbiah Bosamah menjadikan sebuah bot usang sebagai tempat berteduh sejak tiga bulan lalu di Kuching.



KUCHING:-- Rumah milik pasangan Salaman Tegak dan Jariah Salbiah Bosamah yang terletak di Kampung Sri Maimunah bersebelahan Sungai Apong semakin senget berikutan masalah hakisan tanah.

Justeru Salaman, 56, dan Jariah Salbiah, 57, menagih bantuan daripada agensi berkaitan, namun selepas tiga kali permohonan dikemukakan jawapannya tetap sama iaitu nama mereka tiada dalam senarai yang layak menerima bantuan.

Bosan dengan masalah birokrasi selain memikirkan keselamatan diri mereka, pasangan itu mengambil keputusan nekad untuk menjadikan sebuah bot usang milik mereka sebagai tempat berteduh.

Kini, sudah tiga bulan mereka menjadi penghuni bot yang dibeli empat tahun lalu dengan harga RM2,000.

"Saya rasa lebih selamat mendiami bot ini, hati pun lebih tenang dan tidak bimbang kalau hujan lebat.

"Di sini ada pendingin hawa semula jadi, nyamuk pun tidak banyak macam di rumah," kata Salaman diiringi senyuman tawar ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pemerhatian mendapati ruang kabin bot berkenaan yang hanya lebar satu meter amat sempit dan tidak selesa, namun Salaman dan Jariah Salbiah tiada pilihan lain.

Di kabin itulah tempat mereka berdua tidur, memasak, mandi mahupun berehat sambil merenung masa depan yang suram menantikan bantuan yang tidak kunjung tiba.

Untuk mendapatkan bekalan air bersih, mereka berdua menadah air hujan atau mendapatkannya daripada paip air di Jeti Polis Marin kira-kira 300 meter dari tempat botnya berlabuh.

Bagi menampung kehidupan pula Salaman berkata, dia akan menjual ikan sungai di tepi jalan bermula pukul 3 petang dan dalam sehari biasanya pendapatan yang diraih ialah sekitar RM20 hingga RM30.

"Sewaktu di darat isteri akan ikut sama membantu. Sambil itu dapatlah dia meregangkan urat kerana di dalam bot memang tiada ruang untuk berdiri.

"Sudah tua macam kami mestilah sakit pinggang kalau duduk sahaja," katanya yang mempunyai empat orang anak.

Menurutnya, dia dan isteri akan balik menjengah rumah mereka sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Ditanya kenapa anak-anak tidak membantunya dengan suara yang perlahan sambil cuba menahan titisan air mata Salaman berkata:

"Susahlah budak-budak sekarang."

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular