Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 31 Mac 2011

Manjung Perak ada bas bulan depan


IPOH – Lebih 200,000 penduduk di Manjung akan menerima kemudahan pengangkutan awam selama lima tahun apabila Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4.32 juta kepada sebuah syarikat perkhidmatan bas.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, syarikat itu menerima subsidi RM72,000 sebulan bagi membekalkan kemudahan itu kepada penduduk di kawasan berkenaan mulai bulan depan.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk membekalkan pengangkutan awam yang selamat dan efisien. Ini merupakan peringkat pertama kemudahan pengangkutan awam dibekalkan di Manjung setelah lama ia terhenti.

“Ia merupakan projek perintis dan kemudian peringkat kedua akan dilaksanakan di daerah Kerian, Larut Matang dan Selama serta Kuala Kangsar,” katanya.

Beliau kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan antara The Combined Bus Services Sdn Bhd (CBSB).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular