Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 31 Mac 2011

Nurul Atikah juara Menghafaz al-Quran Perak

FOTO: Pemenang Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Perak Kali Ke-32, Nurul Atikah Sharudin (barisan depan, kiri) dan Muhammad Ezmir Kushairy Roslee, (barisan belakang, tengah) pada majlis penyampaian hadiah di Ipoh.



IPOH: Mahasiswa Al Madinah International University, Nurul Atikah Sharudin, 24, diumum sebagai juara Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Perak Ke-32 bagi kategori perempuan yang diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini baru-baru ini.

Mahasiswa tahun tiga jurusan Syariah yang lancar menghafaz 30 juzuk al-Quran beserta tafsirnya itu membawa pulang wang tunai RM8,000, hadiah iringan, trofi serta sijil penyertaan.

Nurul Atikah yang mula menghafaz al-Quran sejak tahun tiga di Maahad Tahfiz Darul Furqan, Padang Balang, Gombak berkata, dia berjaya menghafal kesemua surah di dalam kitab suci seawal usia 14 tahun.

"Sebelum ini, saya pernah memasuki pertandingan hafazan al-Quran di peringkat kebangsaan lima tahun lalu dan mendapat tempat kedua.

"Saya biasanya menghafal ayat-ayat suci al-Quran sebelum waktu Subuh kerana pada masa itulah yang paling 'segar' untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah di sini baru-baru ini.

Hadiah disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Majlis Menghafaz al-Quran yang berlangsung selama tiga hari sejak 25 Mac lalu disertai oleh 68 peserta lelaki dan perempuan melibatkan enam jenis kategori.

Sementara itu, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ulum Al-Syariah, Muhammad Ezmir Kushairy Roslee, 18, yang diumumkan sebagai juara kategori lelaki juzuk 1 hingga 20, berjaya memperoleh markah tertinggi keseluruhan pertandingan iaitu sebanyak 99.95 peratus.

Muhammad Ezmir yang bercita-cita untuk menjadi seorang imam membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 , hadiah iringan, trofi serta sijil penyertaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular