Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 Mac 2011

Syarikat bas diarah bayar RM250 ke atas kehilangan beg penumpang



TAIPING: HASRAT seorang suri rumah mendapatkan semula dua beg pakaian berisi lima buah telefon bimbit bernilai lebih RM1,800 tidak kesampaian apabila barangan yang disimpan di dalam sebuah bas yang dinaikinya tiba-tiba hilang.

Jamnah Ishak, 61, berkata, kedua-dua beg itu hilang ketika dia dalam perjalanan bersama seorang cucunya Siti Nor Atikah Mohd. Yusuf, 13, menaiki sebuah bas dari Ipoh ke Kamunting pada 2 Februari lalu.

Menurut suri rumah tersebut, dalam perjalanan itu dia membawa empat beg dan dua daripadanya disimpan di tempat barang di bahagian badan bas tersebut.

''Apabila tiba di Terminal Bas Kamunting pada pukul 4.30 petang hari tersebut, saya mendapati kedua-dua beg itu tidak ada. Saya percaya ia telah diambil oleh orang lain,'' katanya semasa hadir di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Taiping, Perak.

Jamnah yang tidak berpuas hati dengan kehilangan beg tersebut kemudian telah membuat laporan polis pada hari yang sama dan aduan kepada TTPM pada 12 Februari lalu.

''Saya harap dengan laporan itu memberikan peringatan kepada syarikat bas supaya berhati-hati di samping mengelak kejadian kehilangan barangan berharga pengguna tidak berulang lagi,'' katanya.

Presiden TTPM, Pretam Singh yang mendengar tuntutan tersebut telah memerintahkan Kumpulan Bas Perak Sdn. Bhd., membayar RM250 kepada Jamnah dalam tempoh 14 hari kerana syarikat itu bertanggungjawab terhadap kehilangan beg tersebut.

''Walaupun tuntutan yang dibuat tinggi, tetapi syarikat bertanggungjawab ke atas barang yang hilang itu,'' katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular