Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Mac 2011

Nasib negara ditentukan hari ini


KUALA LUMPUR: SEJAUH mana Malaysia boleh mencapai impian untuk melangkah ke Sukan Olimpik 2012 London dan Piala Dunia 2014 di Brazil bergantung kepada undian dua kejohanan utama itu, hari ini.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam laman webnya berkata, dua undian itu akan berlangsung di ibu pejabatnya di Bukit Jalil pada jam 3 petang.

AFC berkata, undian pusingan kedua Sukan Olimpik 2012 akan menyaksikan Malaysia menyertai 10 negara lain yang layak dari pusingan kelayakan serta 13 lagi pasukan yang terus melangkah ke pusingan kedua.

Negara lain ialah Kuwait, Thailand, Oman, Emiriyah Arab Beersatu (UAE), Iran, Yeman, Hong Kong, Jordan, India dan Turkmenistan yang memenangi perlawanan pusingan pertama masing-masing.

Negara yang memperoleh kelayakan terus ke pusingan kedua berdasarkan pencapaian pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 Beijing ialah Korea Selatan, Korea Utara, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Lubnan, Uzbekistan dan Vietnam.

Skuad kebangsaan di bawah bimbingan Ong Kim Swee melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 selepas menang perlawanan 2-0 di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu dan seri 0-0 pada perlawanan timbal balik di Stadium Punjab, Lahore, pada 9 Mac lalu.

Malaysia kali terakhir layak ke Sukan Olimpik pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Dalam undian pusingan kelayakan Piala Dunia, skuad bimbingan K Rajagobal akan mengetahui lawannya pada pusingan pertama dan kedua.

Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia sejak menyertai pusingan kelayakan pada 1974. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular