Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 Mac 2011

Yaacob hargai bakti Abdullah dan Ahmad Magad



SINGAPURA: MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, melahirkan penghargaan semalam kepada dua Anggota Parlimen (AP) Melayu yang akan berundur daripada arena politik, Encik Abdullah Tarmugi dan Dr Ahmad Mohd Magad, atas jasa bakti mereka.

Beliau berkata kededuanya anggota penting dalam sekumpulan 12 AP Melayu dan pengunduran mereka sesuatu yang menyedihkan.

'Saya rasa ini perubahan yang sedih kerana kehilangan dua AP mapan dan berwibawa,' ujarnya.

Dr Yaacob menambah bahawa ia sesuatu yang tidak diinginkan tetapi harus berlaku kerana Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, inginkan pembaharuan.

Namun, Dr Yaacob berkata beliau percaya Encik Abdullah dan Dr Ahmad akan terus memberi sumbangan kepada masyarakat Melayu dan negara setelah bersara.

'Mereka telah berusaha dan menolong kita mempertingkat kemajuan masyarakat Melayu,' ujarnya.

Dr Yaacob berkata apa yang dilakukan Encik Abdullah semasa menjadi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam sebelum beliau menjadi asas bagi beliau menjalankan usaha memperbaiki kehidupan masyarakat Melayu.

Encik Abdullah, 66 tahun, mula menjadi AP pada 1984 mewakili PAP di kawasan undi Siglap.

Beliau menjadi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pada 1993, selain jawatan Menteri Negara (Sekitaran).

Encik Abdullah kemudian dilantik sebagai Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat pada 1994 dan menjadi menteri penuh kementerian itu pada 1996.

Beliau kemudian dipilih menjadi Speaker Parlimen pada 2002, menggantikan Encik Tan Soo Khoon. Sebelum itu, beliau menjadi Timbalan Speaker selama lima tahun dari 1989 hingga 1993.

Selain tugasnya sebagai AP dan Speaker, Encik Abdullah giat memainkan peranan sebagai penasihat badan bantuan kemanusiaan Mercy Relief.

Pengunduran Encik Abdullah daripada GRC East Coast akan digantikan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Negara) Dr Mohamad Maliki Osman, yang kini AP di GRC Sembawang.

Dr Ahmad, 58 tahun, pula mula memasuki arena politik semasa pilihan raya umum 1997 apabila beliau bertanding atas tiket PAP di kawasan undi Pasir Ris.

Sejak itu, Dr Ahmad telah berbakti sebagai AP selama tiga penggal di GRC Pasir Ris-Punggol.

Semasa menjadi AP, beliau juga masih bertugas dalam sektor privet.

Dr Ahmad pengarah urusan kumpulan syarikat optiks II-VI Asia Manufacturing.

Selain itu, beliau menjadi pengerusi Bersama Rangkaian Pekerjaan Forum Pemimpin Masyarakat (CLF).

Sumbangannya melalui CLF turut mendapat perhatian Dr Yaacob.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular