Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Mac 2011

Tidak sempat sambut hari jadi



TUMPAT - Hasrat seorang lelaki untuk menyambut hari lahir bersama keluarganya tiga hari lagi tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Zain Mohamed, 50, yang juga pemborong ikan di Pasar Pasir Mas meninggal dunia manakala rakannya yang dikenali sebagai Mie, cedera di kepala dan muka.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Nissan Sunny yang dipandu mangsa dari arah Wakaf Bharu dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Corolla.

Rempuhan tersebut menyebabkan kereta mangsa memasuki laluan bertentangan lalu dilanggar sebuah lori pasir yang dalam perjalanan dari arah Cabang Empat menghala ke Wakaf Bharu.

Kenderaan itu kemudian diheret oleh lori tersebut sejauh kira-kira 10 meter dan hampir merempuh sebuah kedai runcit.

Kereta tersebut terperosok di bawah lori menyebabkan mangsa dan rakannya tersepit di tempat duduk masing-masing.

Isteri mangsa, Salina Mat Rani, 33, berkata, dia hiba kerana arwah suaminya tidak sempat menyambut hari lahir yang ke-50, Khamis ini.

"Beberapa hari lalu, dia meminta saya supaya memasak nasi minyak untuk dimakan bersama dengan dua orang anak kami pada hari tersebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular