Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 Mac 2011

Sultan minta kerajaan Selangor jangan boros

FOTO: SULTAN SHARAFUDDIN memeriksa perbarisan kawalan kehormat semasa berangkat ke majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Negeri Selangor ke-12 di Shah Alam semalam.




SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak berbelanja secara boros dan tanpa kawalan meskipun ekonomi negara kini berkembang lebih pesat.

Baginda bertitah, kerajaan negeri hendaklah sentiasa melakukan perbelanjaan berhemah dan mengelakkan pembaziran yang boleh merugikan negeri ini.

"Memang benar kita sudah keluar daripada kemelut ekonomi global namun kita harus sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan iklim ekonomi dunia yang ada kalanya tidak menentu khususnya di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.

"Jangan kita leka dan situasi global seharusnya dipantau. Pada masa yang sama, jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan," titah baginda pada majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular