Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 31 Mac 2011

'Raja' tidak suka Ramli


KOTA BHARU - Mahkamah Koroner di sini semalam diberitahu, pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad yang mati ditembak di Palekbang di sini 1 Mei tahun lalu pernah menyatakan yang dia tidak disukai oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Saksi ke-36 semasa prosiding inkues bagi mencari punca kematian Ramli, Pemangku Koperal Muhammad Mat Seman berkata, perkara itu pernah dinyatakan Ramli kepadanya ketika masih berkhidmat sebagai pengawal.

"Arwah Ramli pernah beritahu Raja (Raja Perempuan Kelantan) tidak suka dia. Arwah juga pernah berkhidmat dengannya," kata pengiring dan pengawal keselamatan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Katanya, arwah seolah-olah dianggap telah berpaling tadah apabila memberi taat setia kepada pemangku Sultan (kini Sultan Muhammad V).

Bagaimanapun, Muhammad memberitahu dia tidak pernah melihat insiden yang menunjukkan Ramli tidak disukai oleh Tengku Anis ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussein.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular