Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 31 Mac 2011

Rogol: Pemuda diperintah bela diri


KOTA BHARU: Seorang pemuda diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan merogol seorang gadis bawah umur. tiga tahun lalu.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Mohd. Hafizi Abdul Mutalib, 22.

Beliau menetapkan 10 Mei ini untuk tertuduh bela diri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika kejadian berusia 19 tahun, didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun dua bulan dalam sebuah kereta Proton Saga di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok antara pukul 3 dan 4 pagi, 1 Februari 2008.

Dia yang diwakili peguam Mohd. Yusoff Yakob, didakwa mengulangi perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah bangsal di Kampung Aman, Bachok keesokan harinya antara pukul 12 tengah malam dan 2 pagi.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular