Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Mac 2011

Raja Nazrin: Usah lengahkan perbicaraan

FOTO: Raja Dr. Nazrin Shah (tengah) ketika menghadiri majlis Konvokesyen Keenam Belas Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Peguam Negara yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Patail (dua dari kiri).


KUALA LUMPUR: - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menasihatkan pengamal undang-undang supaya tidak mempersendakan mahkamah selain membantu untuk tidak melengahkan perbicaraan.

Baginda juga mengingatkan bahawa profesion undang-undang adalah profesion yang dipandang mulia dan elit serta mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri.

Baginda bertitah salah satu tonggak utama profesion undang-undang adalah etika dan moraliti; memastikan integriti undang-undang dan keadilan terhadap mahkamah dan begitu juga terhadap anak guam, dapat disempurnakan.

"Dalam melaksanakan tanggungjawab, mahkamah jangan sesekali dipersendakan, para peguam seboleh-bolehnya wajib membantu untuk memastikan perbicaraan tidak dilengahkan dan para peguam juga tidak harus dengan cara yang tidak profesional sengaja menyusahkan pihak lawan," titah baginda.

Raja Nazrin menjelaskan demikian ketika bertitah pada Majlis Konvokesyen Keenam Belas Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia di sini hari ini.

Baginda turut mengingatkan kepada para pengamal undang-undang bahawa mereka wajib menjadi tauladan dengan menjauhi perbuatan yang mengabaikan keadilan.

"Sedarilah bahawa tingkah laku para peguam turut diadili oleh masyarakat," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah kecekapan mahkamah mengurangkan kes tertunggak bukan sahaja dapat memastikan keadilan dilaksanakan secara segera tetapi turut meningkatkan peraturan pengurusan mahkamah di kaca mata umum.

Baginda bertitah bahawa negara memerlukan barisan profesional yang kompeten di bidang undang-undang antarabangsa untuk membantu mempertahankan kepentingan negara di peringkat global.

"Diramalkan evolusi dalam profesion undang-undang sepuluh tahun akan datang bakal berlaku lebih hebat daripada kadar yang berlaku sejak seratus tahun lalu.

"Kesediaan melakukan perubahan dan merintis langkah pembaharuan adalah satu kemestian kepada semua profesion dalam dunia global yang semakin terangkai ini," titah baginda.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular