Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 Mac 2011

Jangan keliru istilah perubatan


MASJID TANAH - Ramai dalam kalangan umat Islam terutamanya orang Melayu keliru dengan istilah perubatan sehingga ramai di antaranya terjebak dalam dunia syirik.

Perubatan dalam Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Abu Khir Jamaluddin, ketika ditemui berkata, Islam memberi panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang berunsur sihir dikategorikan sebagai syirik.

Menurutnya, agama Islam sendiri meletakkan apa jua perubatan sama ada tradisional atau moden mestilah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah Maha Berkuasa dalam proses penyembuhan sesuatu penyakit.

“Dalam maksud lain, segala kaedah dan ubatan yang diguna pakai hanyalah sebagai ‘al-asbab’ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan dengan keizinan Allah SWT.

“Nabi junjungan kita sendiri pernah berkata, katanya, sesungguhnya jampi mantera, tangkal azimat, santau, ilmu guna-guna dan membabitkan kemenyan adalah syirik.

“Kecuali jika ia menggunakan ayat al-Quran, nama Allah atau sifat-Nya atau yang berbentuk zikrullah seperti diwajibkan,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai umat Islam hendaklah kita menjauhi segala bentuk perbuatan syirik.

“Justeru, pengamal perubatan tradisional yang berdampingan dengan jin dan iblis itu diminta bertaubat serta meninggalkan amalan yang menyesatkan mereka dengan kembali ke jalan yang diredhai-Nya,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular