Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 30 Mac 2011

Tindakan tegas jika isu kaum dibangkit di ruang siber

FOTO: TIGA CALON BARU PAP: (Dari kiri) Encik Edwin Tong, Encik Vikram Nair dan Encik Ang Hin Kee telah menjalani proses pemilihan yang ketat.




SINGAPURA: PEMERINTAH akan mengambil tindakan tegas sekiranya isu-isu yang dibangkitkan di ruang siber menyentuh soal kaum, kata Setiausaha Penganjur (Tugas Khas) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Dr Ng Eng Hen, semalam.

Namun, pemerintah tidak akan campur tangan dalam isu-isu lain termasuk serangan peribadi seperti yang melibatkan sekurang-kurangnya tiga muka baru PAP yang diperkenalkannya baru-baru ini.

'Memang sifat semula jadi media sosial di ruang siber sukar dikawal kerana mereka yang melayarinya tidak bernama dan berwajah.

'Pemerintah hanya akan mengambil tindakan tegas sekiranya isu-isu yang dibangkitkan menyentuh soal kaum,' ujar Dr Ng lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serangan peribadi yang dilancarkan di ruang siber sejak PAP mula memperkenalkan calon-calon mereka minggu lalu.

Antara calon yang paling hebat dibidas di Internet ialah Cik Tin Pei Ling, 27 tahun, calon termuda yang diperkenalkan oleh PAP sejauh ini. Antara komen dan tuduhan yang dibuat menyentuh soal peribadi.

Antara lain adalah mengenai klip video, kononnya memaparkan aksi kurang matang Cik Tin semasa ditemu ramah.

Turut dimuat turun ialah gambar Cik Tin dengan barangan berjenama, kononnya memberi gambaran beliau seorang yang mementingkan kebendaan.

Salah seorang muka baru yang diperkenalkan semalam, Encik Edwin Tong, berkata apa yang berlaku sejauh ini sungguh malang.

'Ia sungguh malang kerana saya fikir media sosial sungguh berpengaruh. Anda tahu, sekiranya anda memuat turun sesuatu, ia merebak dengan cepat. Lantas saya fikir orang ramai perlu menggunakannya dengan penuh tanggungjawab dan saya tidak fikir saya bersetuju dengan beberapa komen yang dilontarkan terhadap Cik Tin, mengenai gambar-gambar yang 'dikorek' semula,' jelasnya lagi.

Mengenai apa pula yang akan dilakukannya sekiranya perkara serupa berlaku ke atas dirinya, Encik Tong berkata beliau tidak akan mengendahkannya.

'Anda perlu ada keyakinan tentang apa yang ingin anda lakukan,' jelasnya lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular