Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 31 Mac 2011

2 kali nikah dalam 24 jam


KOTA BHARU: Sepuluh tahun lalu, hatinya disakiti apabila anak perempuannya yang diberi didikan agama sebaik mungkin, malah dihantar ke sekolah tahfiz, kahwin lari. Kini luka di hatinya bertambah parah apabila mendapati anaknya itu menipu dengan mencipta ‘perkahwinan ajaib’.

Ayah yang mahu dikenali sebagai Manaf, 66, itu mendakwa dia mengesan keanehan pada tarikh perkahwinan anak perempuannya seolah-olah wanita berusia 30 tahun itu bernikah dua kali dalam tempoh selang sehari.

Menurut pesara kerajaan itu, selepas membuat pemeriksaan dia mendapati ada dua tarikh pernikahan pada kad daftar perkahwinan dikeluarkan dua jabatan agama berbeza iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand.

“Walaupun hati saya disakiti apabila anak yang bergelar ‘hafizah’ itu kahwin lari 10 tahun lalu, saya tetap menyayanginya. Sebab itulah saya sentiasa memantau perkembangannya sehinggalah dapat membuktikan ada sesuatu tidak kena dengan perkahwinannya.

“Saya terkejut apabila mendapati tarikh nikah dicatatkan pada kad pengesahan perkahwinan Jawi dan surat keterangan nikah Majlis Agama Islam Wilayah Pattani berbeza. Pada kad berkenaan tercatat tarikh 21 Ogos 2000, tetapi pada surat itu pula 22 Ogos 2000,” katanya.

Manaf berkata, dia memperoleh satu lagi kejutan apabila Jawi mengesahkan kad perakuan nikah itu palsu kerana nama anaknya dan pasangannya berusia 40 tahun itu tidak tercatat dalam rekod pendaftaran nikah Jawi. “Menerusi bantuan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Jawi menghantar satu surat mengesahkan nombor daftar kad perakuan nikah anak saya dan pasangannya milik pasangan lain. “Pada masa sama, surat keterangan nikah Majlis Agama Islam Wilayah Pattani pula meragukan kerana tiada tandatangan jurunikah dan dua saksi,” katanya.

Naluri Manaf kuat mengatakan anaknya terbabit dengan nikah sindiket selepas membaca laporan muka depan media 28 Januari lalu bertajuk VIP Nikah Tanpa Rekod yang mendedahkan mengenai pembabitan sindiket nikah tidak bertauliah yang menyediakan pakej lengkap termasuk kad perakuan nikah kononnya dikeluarkan Jawi untuk berpoligami secara diam-diam.

“Saya yakin, kes anak saya itu ada persamaan dengan pendedahan dibuat media . Walaupun pasangan anak saya bukan orang kenamaan, tetapi berdasarkan kad perakuan nikah palsu yang dibuktikan, tidak mustahil ia ada kaitan dengan sindiket berkenaan.

Manaf membuat laporan polis 26 Februari lalu di Balai Polis Pengkalan Chepa berhubung hal itu dan berharap pihak berkaitan terutama Jawi dan Maik bertindak.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular