Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 31 Mac 2011

Bekas mufti pertikai fatwa poco-poco



KUALA LUMPUR - Tarian poco-poco tidak sepatutnya diharamkan sekiranya tiada dalil yang jelas dan kukuh mengenai keburukan aktiviti tersebut.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, aktiviti tersebut pada asasnya dilakukan untuk tujuan senaman dan menyihatkan tubuh badan serta tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh menyimpang daripada ajaran Islam.

"Jika tarian poco-poco dilakukan oleh wanita di kawasan tertutup mengapa kita perlu haramkan? Kalau hendak diikutkan banyak lagi aktiviti lain yang membabitkan wanita di negara ini sebenarnya haram dilakukan mengikut Islam.

"Pada pandangan saya, tarian itu boleh dilakukan dengan syarat ia tidak menyimpang daripada tujuan asal iaitu untuk tujuan bersenam dan kecergasan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd. Asri berkata demikian ketika mengulas isu tarian poco-poco yang diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak selepas mesyuaratnya yang ke-186 pada Januari lalu.

Beliau yang kini pensyarah di Bahagian Pengajian Islam dan Hadis, Universiti Sains Malaysia menjelaskan, tindakan mengharamkan aktiviti tersebut juga menimbulkan kekeliruan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular