Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Mac 2011

Bayaran elektrik Singapura lebih tinggi mulai bulan depan


SINGAPURA: SP Services semalam berkata mulai bulan depan, para pengguna perlu membayar bil elektrik lebih tinggi menyusuli kenaikan tarif elektrik sebanyak 6.1 peratus atau 25.58 sen bagi setiap jam kilowatt.

Dalam kenyataannya, SP Services berkata secara purata, setiap keluarga yang tinggal di flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan membayar tambahan $4.85 sebulan berdasarkan tarif yang baru.

Kenaikan itu bagi tempoh tiga bulan dari 1 April hingga 30 Jun ini.

Menurut SP Services lagi, kenaikan itu berpunca daripada kenaikan harga minyak sehingga 14 peratus kepada $113.37 setong sejak tiga bulan lalu.

Semakan tarif elektrik dibuat setiap suku tahunan berdasarkan panduan yang ditetapkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

EMA telah meluluskan kenaikan terbaru tarif itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular