Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 Mac 2011

Siasat 18 video seks lain

FOTO: SACHITHANATHAN (tiga dari kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam membuat laporan polis berhubung kes rakaman video seks.




KEPALA BATAS - Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang meminta polis menyiasat kenyataan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengenai pengakuan beliau bahawa terdapat 18 rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Setiausaha Keris, Azman Hasan menegaskan, kenyataan Ummi Hafilda baru-baru ini perlu dipandang serius dan ahli perniagaan itu harus mendedahkan video yang dimaksudkan itu.

Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi yang meresahkan pemikiran rakyat yang mahukan kebenaran di sebalik dakwaan beliau membabitkan pemimpin itu.

"Ummi Hafilda perlu tampil bagi mendedahkan kesemua video berkenaan demi kebenaran.

"Kita harap pendedahan itu bukan sekadar cakap-cakap kosong. Ummi Hafilda kena buktikan bahawa video itu benar-benar wujud," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular