Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Mac 2011

Pasangan pegawai kastam ditahan babit pengubahan wang haram berbilion ringgit


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pasangan suami isteri yang juga pegawai kanan kastam yang berkhidmat di Pantai Timur berhubung kesalahan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 membabitkan berbilion ringgit.

Operasi bersama secara besar-besaran oleh Kastam Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain itu dilakukan serentak pada jam 10 pagi semalam di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Operasi itu membabitkan serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis KDRM di seluruh negara secara serentak

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata dua pegawai itu ditangkap bagi membantu siasatan.

"Ratusan ribu ringgit ditemui di rumah dua pegawai kanan Kastam itu yang juga pasangan suami isteri.

"Lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan terbabit turut disita," katanya pada sidang media di sini petang tadi.

Mustafar berkata, semua entiti yang diserbu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.

Katanya, semua aktiviti itu adalah kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang membabitkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular