Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 November 2011

Brunei anjur Konvensyen Pendidikan Islam sulung

Awang Haji Harun.






BANDAR SERI BEGAWAN - Negara Brunei Darussalam akan mencatat satu lagi sejarah penting dalam bidang pendidikan ugama Islam apabila buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Konvensyen Pendidikan Islam Pertama Negara Brunei Darussalam 1433H/2011 dengan tema "Pendidikan Islam Memantapkan Negara Zikir" pada 30 November dan 1 Disember ini.

Sehubungan dengan itu Majlis Pendaftaran Peserta Konvensyen Pendidikan Islam akan diadakan esok, 29 November, di ruang legar Dewan Utama Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Pada konvensyen dua hari suntuk dari pukul 7.45 pagi hingga 4.30 petang itu sebanyak tujuh kertas kerja akan dibentangkan dan dibincangkan termasuk Kertas Perdana bertajuk Pendidikan Islam Memantapkan Negara Zikir yang akan dibentangkan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar.

Konvensyen itu akan mengetengahkan pembentang-pembentang kertas kerja yang terdiri dari kalangan pakar berpengalaman luas dalam pendidikan Islam sama ada dari dalam dan luar negara.

Antaranya adalah seperti Profesor Dato' Dr Abdul Halim Tamuri dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pemimpin Pondok Modern Gontor Indonesia, Dr KH Syukri Zarkasyi dan wakil kepada Pengarah Kanan Madrasah-Madrasah, Majlis Ugama Islam Singapura, Haji Razak Lazim iaitu Noor Isham Sarif.

Di samping itu, konvensyen juga akan turut disemarakkan dengan sesi Forum "Pembentukan Masyarakat Yang Berkualiti dan Cemerlang Melalui Pendidikan Islam" dan Pameran Pendidikan Islam Memantapkan Negara Zikir.

Sesi forum akan dibincangkan oleh empat orang ahli panel dari dalam dan luar negara, manakala Pameran pula akan disertai oleh Jabatan dan Institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengendalian Pendidikan Islam di negara ini secara formal dan tidak formal.

Seramai 600 orang peserta dalam negara dan 12 orang peserta dari negara-negara Anggota MABIMS yang majoritinya terdiri dari pegawai dan tenaga pengajar institusi pendidikan ugama serta beberapa Kementerian/Jabatan yang berkaitan dengan bidang pendidikan dijangka akan menghadiri konvensyen berkenaan.

Kementerian Hal Ehwal Ugama buat julung-julung kalinya menganjurkan konvensyen berkenaan sebagai satu wadah meningkatkan pengetahuan dan mencambahkan minda dalam usaha untuk sama-sama memperkasa pendidikan Islam di rantau ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular