Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 24 November 2011

Niyah Sahmad proses 2,000 surat sejam

Cik Niyah Sahmad perlu memastikan beliau bukan sahaja dapat melakukan tugasnya menaip kod pos dengan pantas malah betul dan tiada kesilapan.






SINGAPURA - DALAM masa sejam, beliau dapat memproses hampir 2,000 surat.

Ini bermakna, setiap tiga saat, Cik Niyah Sahmad, 49 tahun, perlu melihat dan menaip kod pos setiap surat yang muncul di layar komputernya.

Mesin mengasingkan surat kemudian akan memastikan surat itu disalurkan ke tempat pengumpulan yang betul sebelum ia mula dikirimkan posmen ke destinasinya.

Tugas Cik Niyah sebagai seorang decoder merupakan salah satu tugas penting yang jarang diketahui ramai.

Merekalah yang akan memastikan surat atau barangan anda disalurkan ke tempat pengumpulan yang betul, jika mesin tidak dapat membaca kod pos yang tertera di sampul surat.

Antara sebab mesin tidak dapat membaca alamat yang tertera di sampul adalah kerana kedudukan alamat yang terlalu tinggi atau terlalu rendah di sampul.

Selain itu, tulisan tangan yang tidak jelas juga sukar dibaca mesin yang mengasingkan surat dan mengarahkan surat ke bakul kod pos mereka yang tertentu.

Di peringkat inilah, Cik Niyah dan teman-temannya menjalankan tugas mereka.

'Selalunya, masa sibuk, sekitar 8.30 malam, apabila semua surat dari pejabat pos tiba di ibu pejabat SingPost. Masa sibuk kami bermula dari ketika itu sehingga sekitar 2 pagi,' katanya.

Menurut jurucakap Singapore Post (SingPost), secara purata terdapat antara 80,000 dengan 100,000 surat yang alamatnya tidak dapat dibaca oleh mesin, setiap hari.

Ini berbanding lebih daripada 2.8 juta surat yang dikendalikan SingPost setiap hari.

Menurutnya lagi, mereka yang bertugas sebagai decoder perlu memproses sekurang-kurangnya 1,700 surat dalam masa sejam.

Kata Cik Niyah, beliau kini dapat memproses lebih daripada kadar purata kerana sudah lapan tahun melakukan tugasnya itu.

Namun pada awalnya, memanglah agak sukar baginya memastikan beliau dapat melihat dan menaipkan kod pos dengan tepat dan cepat.

Hanya setelah menjalani latihan dan mula biasa dengan tugas, beliau dapat melakukan tugasnya dengan lebih pantas.

'Kami bukan sahaja perlu pantas menaip kod pos yang tertera di sampul malah kami mesti pastikan tiada kesilapan yang dilakukan ketika menaip,' katanya lagi, yang sudah bertugas di SingPost selama 28 tahun.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular