Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 23 November 2011

RM54,900 untuk peminat pancing ikan



CYBERJAYA - Hadiah wang tunai RM54,900, 40 hamper dan 6500 kemeja-T menanti pemancing dalam Pertandingan Memancing GP Selangor pusingan kesembilan di Taman Tasik Cyberjaya, di sini, Ahad ini.

Pertandingan itu anjuran kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Cyberview Sdn Bhd, dikendalikan oleh Wakjali Event Management selaku pengurus acara.

Ia menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 untuk juara, kedua RM12,000 dan ketiga RM6,000. Pemenang keempat menerima RM1,500, dan kelima RM700. Pemenang keenam hingga kesembilan menerima RM250, kesepuluh (RM200) dan kesebelas hingga ke-20 (RM150).
Penganjur turut menawarkan empat cabutan bonanza wang tunai RM500 setiap satu, 20 cabutan bertuah dan 500 kemeja-T untuk peserta yang mendaftar awal.

Yuran penyertaan RM80 satu joran dan setiap peserta dibenar mendaftar dua joran saja dan layak menang satu hadiah bagi setiap pusingan.

Turut diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan EON Auto Fiesta yang menawarkan servis percuma kepada pemilik kenderaan Proton, pandu uji kereta, diskaun untuk model terpilih, pemeriksaan keselamatan kenderaan percuma dan pemberian baucar bernilai RM50 untuk temujanji servis kenderaan.

Kaunter pendaftaran dibuka di MPSepang bermula hari ini hingga Jumaat, manakala kaunter 24 jam di Taman Tasik Cyberjaya bermula jam 10 pagi, Sabtu ini.

Bagi memastikan lokasi pertandingan tidak menghampakan peserta, penganjur melepaskan satu tan ikan patin dan tongsan ke Tasik Cyberjaya yang disempurnakan Pembantu EXCO Pemodenan, Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Shuhaimi Shafiei.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular