Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 November 2011

Anuar: “Siapa yang khianat kita ‘terajang’




JOHOR BAHRU – Ketua Umum PKR memberi peringatan keras kepada seluruh barisan kepimpinan parti itu, agar tidak bertolak ansur terhadap duri dalam daging yang mengkhianati parti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah menjaga hubungan dalaman parti bagi mengelakkan pengkhianatan di samping memantapkan saf kepimpinan parti.

“Kita mesti padu kali ini, jentera mesti mantap dan kerjasama pakatan rakyat (PR) mesti kuat, kalau kita kuat tidak ada yang boleh patahkan kita.

“Siapa yang khianat kita ‘terajang’ awal-awal, jangan tolak-ansur,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan, di sini, kelmarin sebelum kongres itu ditangguhkan.

Dalam pada itu, Anwar turut mendakwa mempunyai buku strategi Umno yang merancang mengalahkan PR.

Di dalam ucapannya itu, Anwar turut mengingatkan seluruh barisan kepimpinan agar sentiasa bersabar dan bersedia menerima apa jua situasi termasuk kekalahan dalam pilihan raya umum (PRU).

“Kalah kali ini tidak semestinya tidak akan bertanding lagi kerana perjua­ngan ini kena lihat jangka panjang dan kebijaksanaannya harus ada.

“Namun saya yakin dengan kekuatan kita pada hari ini, PR akan berjaya ke Putrajaya. Buatlah isu apa pun, cubalah pecahkan PR, tetapi PKR akan kekal mantap dan tiga parti PR akan tetap bersatu,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular