Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 22 November 2011

Ahmad Fauzi diserang sakit jantung semasa menonton

Ahmad Fauzi (belakang) yang meninggal dunia ketika menyaksikan bola sepak bersama ahli keluarganya.




YAN - “Arwah ada mengadu sakit dada dan lemah, tetapi dia tidak mahu ke hospital,” kata Nafishah Jusoh, 46, kakak ipar kepada Ahmad Fauzi Ismail, 42, yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Indonesia di sebuah kedai makan di pekan Guar Chempedak, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10.50 malam, mangsa dikatakan pengsan di kedai makan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira 10 minit kemudian.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, Ahmad Fauzi bersama beberapa pelanggan lain sedang menonton perlawanan berkenaan yang ketika masuk masa tambahan.

Nafishah berkata, arwah ada memaklumkan kepadanya dia berasa tidak sihat dan mahu ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.

“Tetapi malangnya arwah tidak sempat ke hospital apabila dia diserang penyakit jantung ketika menonton perlawanan itu,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Guar Chempedak, di sini, semalam.

Beliau berkata, arwah anak bongsu daripada empat beradik tidak mengalami masalah jantung sebelum ini dan hanya menghidap kencing manis.

“Arwah belum berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah selepas ibu bapa kami meninggal dunia. Dia bekerja sebagai juruelektrik sambilan sekiranya penduduk kampung memerlukan khidmat arwah untuk membaiki pendawaian elektrik.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular