Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 November 2011

Keluarga berperanan kurangi perceraian

Dr Yaacob Ibrahim (berkemeja putih) beraksi di Karnival WarnaRia di Taman East Coast, yang telah menarik sekitar 5,000 pengunjung yang kebanyakkannya datang berkeluarga.





SINGAPURA - PELBAGAI usaha telah dijalankan badan- badan Melayu untuk memperkukuh institusi keluarga dan mengurangkan kadar penceraian, tetapi akhirnya setiap keluarga juga bertanggungjawab dalam menangani hal tersebut.

Bahkan, peranan setiap keluarga adalah kunci dalam usaha mengurangkan lagi kadar perceraian, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.

Ketika ditemui wartawan di acara Karnival WarnaRia di Taman East Coast semalam, Dr Yaacob berkata kadar penceraian telah merosot sejak 2003.

Pada 2003, lebih lima pasangan bagi setiap 10 pasangan yang diijabkabulkan di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) telah mendaftar untuk bercerai.

Namun, tahun lalu ia merosot kepada kurang empat pasangan yang bercerai bagi setiap 10 pasangan.

'Kalau direnungkan, trend yang merosot ini bermakna usaha kita selama ini telah membuahkan hasil.

'Adakah kita mahu pencapaian lebih baik daripada ini? Itulah cabaran kami. Terpulang juga kepada masyarakat dan setiap keluarga untuk memainkan peranan mereka,' kata Dr Yaacob.

Sememangnya, lebih ramai yang kian sedar tentang cabaran-cabaran dalam kehidupan keluarga dan tampil untuk mendapatkan bantuan di pusat-pusat keluarga, seperti Inspirasi kelolaan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Angkatan Karyawan Islam (AMP), kata Dr Yaacob.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular