Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 November 2011

Bolasepak: Azam dan tekat Fakri Saarani

Ahmad Fakri Saarani menjalani latihan bersama skuad Harimau Muda di padang MSN, Bukit Jalil, semalam. Beliau memikul tanggungjawab besar menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.




KUALA LUMPUR - Kritikan 'pedas' peminat dalam laman sosial Facebook sedikit pun tidak menjejaskan azam penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saarani untuk merobek gawang Bahrain pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok .

Malah, Fakri menegaskan, semangat dan keyakinannya berada pada tahap terbaik meskipun dihujani pelbagai tohmahan terutama selepas aksi menentang Syria, Rabu lalu.

Tambah Ahmad Fakri, perlawanan menentang Bahrain lebih penting buat dirinya dan negara berbanding melayan semua kritikan tersebut.

"Saya memang tak kisah apa yang mereka mahu kata, mulut orang lambat laun akan penat dan berhenti tapi kalau tak mahu berhenti juga saya akan ambil semua itu sebagai sesuatu yang positif buat saya.

"Apa yang mereka katakan pada saya itu tidak langsung menjejaskan diri saya malah semangat saya berada pada tahap yang terbaik kini," katanya ketika ditemui wartawan sebelum menjalani latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Meskipun skuad Harimau Muda memperoleh kemenangan menjinakkan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti, namun Ahmad Fakri tetap dikritik oleh peminat selepas mempamerkan persembahan kurang memberansangkan apabila kerap terlepas peluang menjaringkan gol.

Malah, pada perlawanan menentang Syria, Rabu lalu, pemain berusia 22 tahun itu juga seakan sukar menemui sentuhan terbaiknya.

Bagi mengubati kekecewaan peminat, Ahmad Fakri berjanji untuk memberikan 100 peratus komitmennya pada perlawanan menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular