Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 26 November 2011

Suami 61, Isteri 21 tahun dapat anak





REMBAU - Seorang lelaki warga emas membuktikan usia bukan penghalang untuk dia terus menambah zuriat bersama isteri.

Kamarudin Mohd Said, 61, berkata dia menimang anak kelapan ketika usianya mencecah 60 tahun.

Menurutnya, hasil perkongsian hidup bersama isteri keduanya, Siti Aisyah Ishak, 21, yang dikahwini Julai tahun lalu, dia dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Shuhada, kini berumur enam bulan.

“Tiada senaman istimewa atau ilmu tertentu diamalkan, sebaliknya yang penting adalah menjaga pemakanan.

“Saya mengamalkan pemakanan berasaskan sayuran dan ulaman seperti pegaga, ulam raja, buah-buahan dan minum air akar kayu.

“Sebelum makan nasi, saya menjamah buah terlebih dulu kerana boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan dan penghadaman,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Lalah, dekat sini.

Menurutnya, dia turut mengamalkan minum air masak dan suam dalam kuantiti banyak kerana boleh membantu mencuci dan meneutralkan buah pinggang serta menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Katanya, pengambilan makanan berkolesterol tinggi juga dikurangkan kerana tidak baik untuk kesihatan, terutama apabila usia mencecah 60 tahun.

Lebih menarik apabila Kamarudin tidak menghidap sebarang penyakit, malah dapat membaca dengan baik tanpa memakai cermin mata.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menghidap sebarang penyakit, mungkin disebabkan faktor amalan pemakanan seharian selain kurniaan Allah. Kesihatan yang baik itu bermula daripada pengambilan makanan seimbang,” katanya.

Kamarudin turut mendedahkan dia kurang meminum air sejuk kerana menyifatkan minuman sebegitu boleh menyebabkan badan menjadi lesu serta cepat letih.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular